Sijil Pelajaran Malaysia atau
SPM adalah sejenis pemeriksaan yang dianjurkan oleh Majlis Pemeriksaan Malaysia (MPM). Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini adalah 17 tahun, yaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.
===============================================================
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
- melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Judul : Mata Pelajaran Malaysia SPM
Deskripsi : Mata Pelajaran Malaysia SPM - Pelajaran Bahasa Melayu - Majlis pelajaran Malaysia . Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis pem...